Sunday, 30 June 2019

Every Next Level of Your Life Will Demand a Different You

Every next level of your life will demand a different you.

Anak buahku, rasa nak picit2 pipi dia 

Teringat ketika berbual2 dengan kakak saya tidak lama dulu ,

"Takdenye tidur tak interrupted"
"Dah lama tak dapat good sleep" 

Benarlah, apabila kita sudah berkeluarga, mempunyai anak, maka masa kita harus terbahagi2 untuk keluarga. Maka medan amal kita pun berubah dan bertambah2. 

Maka sebelum berkeluarga dan mempunyai anak2, beramallah sepuasnya dan sebanyak yang boleh, kerana inilah medan kita sekarang. Inilah masanya untuk kita mencari khusyuk, mencari cinta Tuhan, menghayati nikmatnya beribadah, membaca buku sambil goyang2 kaki ewah,   Ya, inilah masanya. 

Kerana nanti, kau akan ada keluarga yang perlu diuruskan, kau akan ada kepentingan lain yang harus ditunaikan berbanding solat sunat. Tak mengapalah, kerana waktu itu, medan amal kau pun berubah. Walaupun berkurang pahala daripada solat sunat, tetapi kau akan memperoleh pahala daripada amalan2 lain dalam menguruskan anak2 dan keluarga. Yang penting, ikhlaskan hati. 

Hargailah jasa ibu ❤️ 

Perkahwinan haruslah dibina dengan persediaan yang benar2 cukup. 

Saturday, 29 June 2019

Sederhana

Ambillah dunia itu sekadarnya sahaja
Sepertimana kau meneguk dan mengambil sedikit air sungai untuk menghilangkan dahaga dan sebagai bekalan tenaga untuk meneruskan perjalanan di hutan. Jika kau mengambilnya secara berlebihan, ia akan memberatkanmu untuk berjalan, ia akan melengahkan perjalananmu. 

Walau sesedap mana pun air sungai yang diteguk, kau tidak akan mampu meminumnya semua, kau tidak akan mampu mengambilnya semua. Begitulah diibaratkan dengan nikmat dunia, walau sehebat mana pun nikmat dunia itu, kau tidak akan mampu milikinya semua, kerana ia akan memberatkanmu lalu melengahkan perjalananmu. 

Kerana hidup adalah sebuah perjalanan. Ambillah dunia itu hanya sekadar bekal. Sesederhana itu kau meneruskan perjalanmu. 




PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)

Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...