Rasa kerdilnya diri di hadapan Tuhan pasti akan membuahkan rasa sedikit lega, kerana selemah2nya kita masih ada keyakinan bahawa tidak akan Tuhan biarkan kita terkapai sendirian. Selagi hati berpaut pada Tuhan, maka masih ada tali keselamatan untuk bergantung harap. Walau hampir lemas dilambung ombak, masih ada tali untuk bergantung, walau kadang hanya tersangkut di hujung jari nyaris terlepas, selagi hati ada Tuhan, tidak dibiarkan kita kelemasan.
Aku umat akhir zaman, yang dikatakan imannya senipis kulit bawang. Andai dimisalkan keadaannya diriku samalah seperti orang yang hampir lemas terkapai2 di tengah lautan, kadang terapung, kadang tenggelam dilambung ombak. Namun masih ada secebis pengharapan yang melegakan hati, masih ada tali untuk aku berpaut, walau kadangnya lemah, kadangnya kugenggam erat. Tidak akanku lepaskan tali itu, kalau boleh biarlah tali itu ku gantung saja dileherku, biar perginya aku bukanlah sebab tenggelam dilambung ombak, tetapi kerana teguh tidak mahu melepaskan tali pengharapanku.
Insan lemah . 10.9.2017 ahad
Sunday, 10 September 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)
Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...
-
Rasa kerdilnya diri di hadapan Tuhan pasti akan membuahkan rasa sedikit lega, kerana selemah2nya kita masih ada keyakinan bahawa tidak akan ...
-
Lately ni saya banyak kali hampir kemalangan sewaktu memandu. Hampir nak terlanggar anjinglah, tiba-tiba ada kereta nak beloklah. Dalam hid...
-
Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...
No comments:
Post a Comment