Sepertimana kau meneguk dan mengambil sedikit air sungai untuk menghilangkan dahaga dan sebagai bekalan tenaga untuk meneruskan perjalanan di hutan. Jika kau mengambilnya secara berlebihan, ia akan memberatkanmu untuk berjalan, ia akan melengahkan perjalananmu.
Walau sesedap mana pun air sungai yang diteguk, kau tidak akan mampu meminumnya semua, kau tidak akan mampu mengambilnya semua. Begitulah diibaratkan dengan nikmat dunia, walau sehebat mana pun nikmat dunia itu, kau tidak akan mampu milikinya semua, kerana ia akan memberatkanmu lalu melengahkan perjalananmu.
Kerana hidup adalah sebuah perjalanan. Ambillah dunia itu hanya sekadar bekal. Sesederhana itu kau meneruskan perjalanmu.
No comments:
Post a Comment