Monday, 2 March 2020

PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)

Assalammualaikum,

*tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha

Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak, maka kenalah gigih untuk ada back up plan selain menunggu keputusan dapat serap kerajaan ke tak, masa depan sungguh tak pasti dan uncertain sobss prayforme. Jadi bila dapat tahu iklan untuk jawatan pensyarah pelatih uitm, saya berdesup apply. takdelah berdesup sangat lambat je hantarnya.

Tak lama lepas hantar borang tu, dapatlah email jemputan temuduga. Oh ya, saya apply untuk bidang Oral Pathology & Oral Medicine. Ramai yang tak minat bidang ni tapi saya sukaaa sebab saya memang suka benda2 menghafal dan mnguji minda ni haha

Untuk iv ni, kita perlu buat 'mock teaching' yelah, jawatan pensyarah pelatih kan... jadi, perlu sediakan slides presentation dan present for 5 mins di hadapan para penemuduga.

Long story short, setelah mengharungi onak duri perjalanan dari Muar ke KL dengan menaiki bas (malas nak drive kat kl, k, sebenarnya takut) , tibalah hari kejadian yang mendebarkan. Semua sekali ada 7 calon kalau ikut senarai nama, tapi 6 orang sahaja yang hadir, daripada 6 orang ni seorang sahaja yang akan dipilih. Lepas tu tunggulah giliran masing2. Bila nama dah dipanggil , kita masuklah bilik meeting tu, masuk2 tu, para penemuduga ada perkenalkan diri mereka dulu, ada Dean, Pensyarah bidang tersebut, dan.. saya tak ingat sebab masa tu sangatlah nervous , tak fokus haha. tapi adalah dalam 5 orang penemuduganya. Mereka semua sangatlah ramah dan tak tense pun, kita je yang nervous terlebih. (sis first time iv kerja).

Awal2 tu ready lah untuk present, after present mereka akan suruh introduce yourself. Fully English ya. Okeylah saya senaraikan soalan yang ditanya kepada saya dan calon lain. soalan ni dah bocor dah lama dah kalau google mesti jumpa haha, sebenarnya mereka nak tengok kita punya confidence level je.

1. Why UiTM?
2. Why OMOP?
3. Familiar with labwork and microscope? (omop kan)
3. Other local uni provide postgraduate course for OMOP? (soalan ni sis jawab um, betul dah sekali pergi sebut usim jugak haha usim tiada lagi ye)
4. Why should we hire you?
5. Jobscopes of lecturer trainee
6. Any involvement in research area?

Yang atas tu soalan yang ditanya kepada saya, ada juga yang ditanya tentang visi & misi uitm, tapi tak ramai, just be prepared lah.

Saya juga dapat soalan KBKK dari Dean, tentang isu semasa, "what do you think about current issue, oversupplied dentists?" "what should we do?"

Maka saya pun gorenglah menjawabnya berbekalkan sedikit pembacaan di fb , and last but not least beliau tanya, "is it really oversupplied? what do you think?"

Saya jawablah "no, actually based on our current ratio of dentist : population it is still undersupply...."

Dan lepas tu Dean tanya "How much is the ratio?"

Maka ku terdiam di situuuu huwaaa k, saya jujur je jawab idk sorry.

After that one of them tanya saya, "do you have any question?" Jadi tanpa berfikir panjang saya pun tanya bila result keluar haha gelojoh betul lol.

Okey lepas tu soalan kedua saya dah bijak sikit, saya tanya apa kriteria yang mereka inginkan.

The answer is... 'it is really depend on this short time iv, and also based on your merit as well'

-TAMAT-

Jadi anda rasa saya berjaya tak? okey, maaf ya tuan puan saya tak berjaya, saya pun rasa saya tak perform well masa iv haritu, nervous dia lain macam, dengan sangkut beberapa soalan tak dapat jawab lol. takpe, sesungguhnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga. muhasabahnya di sini, untuk iv, the key is CONFIDENCE. Para penemuduga cuma nak tengok tahap keyakinan kita je, so be confident and chill~. Diorang ramah-tamah je sebenarnya, tak perlu nervous pun.

No comments:

Post a Comment

PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)

Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...