Thursday, 5 September 2019

Hitam Putih Kehidupan

Hidup tidak akan selalunya berjalan seperti yang kita inginkan. 
Semakin dewasa semakinku belajar untuk menghayati indahnya bintang2 pada malam hari walaupun hati ketakutan dalam kegelapan malam. 
Aku juga belajar untuk menghayati indahnya langit biru di sebalik teriknya mentari siang. 

Kerana manusia itu sentiasa berkeluh kesah, sentiasa risau akan apa yang masih belum di dalam genggaman. Kadang dalam melayari hidup seharian, kerana terlalu memikirkan kerisauan2 semalam dan hari esok, kita lupa untuk memaknai setiap saat dalam kehidupan. Kita terlalu fokus memikirkan bagaimana untuk mendaki ke langit sehingga lupa untuk menghayati indahnya bumi yang kita pijak selama ini. 

Baik atau buruk hari yang dilalui, semuanya akan berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan. Pastikan kenangan itu kenangan yang mahu kita ingati. 
Belajarlah untuk tersenyum dalam peritnya hidup, meskipun pahit. 

Kerana manusia selalu lupa, tiadalah bersinarnya bintang di malam hari, tanpa kegelepan.
Tiadalah terlihat birunya langit di siang hari tanpa mentari yang menyinari. 
Tidak akan nampak sesuatu tulisan di atas kertas putih, jika dakwatnya berwarna putih juga. Itulah sunnah kehidupan, tidak boleh sentiasa lurus, tidak boleh semuanya cerah, tidak boleh semuanya suci, begitulah bermaknanya sebuah kehidupan. Hidup ini sangat memerlukan kesinambungan yang berlawanan untuk ia terus bergerak seperti sunnahnya alam. 

Hidup ini perlulah ada hitam dan putihnya, jika tidak, tiadalah makna hidup ini. 

Begitulah juga Tuhan menjadikan hati kita, tidak dibiarkan sentiasa tenang, namun tidak juga dibiarkan sentiasa gundah. Agar tidak terlalu tinggi jika ketika terbang dan tidak terlalu menunduk ketika berjalan. 


No comments:

Post a Comment

PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)

Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...