Thursday, 5 September 2019

Bajet Pulau Perhentian 3hari2malam

Setelah berhempas pulas mengumpul duit memerah keringat bekerja, Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya bercuti dengan rakan2. Kali ini tak sembang, haha. Kalau bercuti memang saya prefer untuk pergi ke tempat2 yang ada scenery yang cantik. Saya memang suka pulau dan laut walaupun tak pandai berenang 🙊

Pulau Perhentian terletak di Terengganu, dan kalau nak ke sana perlu mengambil bot dari Jeti Besut. Besut ni dalam jajahan ganu,  tapi rakyat dia cakap Kelantan haha. Saya selaku orang Selatan tak layaklah nak mengulas dengan lebih lanjut kenapa. Kalau anda naik flight macam saya dari Selatan, adalah lebih baik untuk ambil flight ke Kota Bharu instead of Kuala Terengganu sebab KB-Besut lebih dekat berbanding KT-Besut. KB-Besut cuma mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan menaiki kereta. Tak silap saya KT-Besut mengambil masa hampir dua jam perjalanan.

So bajet saya adalah seperti berikut
Flight klia2-kb(return) : RM 162~
Airport coach Muar-klia2 : RM 80 (pergi balik)
Penginapan 3h2m siap breakfast : RM 180 (better aambil penginapn yang siap breakfast sebab kat pulau nanti semua mahal hoho)
Bot Jeti Besut-P.Perhentian : RM 70 (pergi balik)
Pakej snorkelling + Pulau Rawa + Turtle Point (ada lebih 4-5 stop point) : RM 70

So totalnya tak termasuk makan dan shopping : RM 562 (hmm tak murah sangat dan tak mahal sangat huhu)

hmm awal2 macam nak buat travelog tapi lepas tu dah malas pula nak buat travelog, kita buat bajet sajalah. Kbye


                             

No comments:

Post a Comment

PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)

Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...