Assalammualaikum,
*tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha
Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak, maka kenalah gigih untuk ada back up plan selain menunggu keputusan dapat serap kerajaan ke tak, masa depan sungguh tak pasti dan uncertain sobss prayforme. Jadi bila dapat tahu iklan untuk jawatan pensyarah pelatih uitm, saya berdesup apply. takdelah berdesup sangat lambat je hantarnya.
Tak lama lepas hantar borang tu, dapatlah email jemputan temuduga. Oh ya, saya apply untuk bidang Oral Pathology & Oral Medicine. Ramai yang tak minat bidang ni tapi saya sukaaa sebab saya memang suka benda2 menghafal dan mnguji minda ni haha
Untuk iv ni, kita perlu buat 'mock teaching' yelah, jawatan pensyarah pelatih kan... jadi, perlu sediakan slides presentation dan present for 5 mins di hadapan para penemuduga.
Long story short, setelah mengharungi onak duri perjalanan dari Muar ke KL dengan menaiki bas (malas nak drive kat kl, k, sebenarnya takut) , tibalah hari kejadian yang mendebarkan. Semua sekali ada 7 calon kalau ikut senarai nama, tapi 6 orang sahaja yang hadir, daripada 6 orang ni seorang sahaja yang akan dipilih. Lepas tu tunggulah giliran masing2. Bila nama dah dipanggil , kita masuklah bilik meeting tu, masuk2 tu, para penemuduga ada perkenalkan diri mereka dulu, ada Dean, Pensyarah bidang tersebut, dan.. saya tak ingat sebab masa tu sangatlah nervous , tak fokus haha. tapi adalah dalam 5 orang penemuduganya. Mereka semua sangatlah ramah dan tak tense pun, kita je yang nervous terlebih. (sis first time iv kerja).
Awal2 tu ready lah untuk present, after present mereka akan suruh introduce yourself. Fully English ya. Okeylah saya senaraikan soalan yang ditanya kepada saya dan calon lain. soalan ni dah bocor dah lama dah kalau google mesti jumpa haha, sebenarnya mereka nak tengok kita punya confidence level je.
1. Why UiTM?
2. Why OMOP?
3. Familiar with labwork and microscope? (omop kan)
3. Other local uni provide postgraduate course for OMOP? (soalan ni sis jawab um, betul dah sekali pergi sebut usim jugak haha usim tiada lagi ye)
4. Why should we hire you?
5. Jobscopes of lecturer trainee
6. Any involvement in research area?
Yang atas tu soalan yang ditanya kepada saya, ada juga yang ditanya tentang visi & misi uitm, tapi tak ramai, just be prepared lah.
Saya juga dapat soalan KBKK dari Dean, tentang isu semasa, "what do you think about current issue, oversupplied dentists?" "what should we do?"
Maka saya pun gorenglah menjawabnya berbekalkan sedikit pembacaan di fb , and last but not least beliau tanya, "is it really oversupplied? what do you think?"
Saya jawablah "no, actually based on our current ratio of dentist : population it is still undersupply...."
Dan lepas tu Dean tanya "How much is the ratio?"
Maka ku terdiam di situuuu huwaaa k, saya jujur je jawab idk sorry.
After that one of them tanya saya, "do you have any question?" Jadi tanpa berfikir panjang saya pun tanya bila result keluar haha gelojoh betul lol.
Okey lepas tu soalan kedua saya dah bijak sikit, saya tanya apa kriteria yang mereka inginkan.
The answer is... 'it is really depend on this short time iv, and also based on your merit as well'
-TAMAT-
Jadi anda rasa saya berjaya tak? okey, maaf ya tuan puan saya tak berjaya, saya pun rasa saya tak perform well masa iv haritu, nervous dia lain macam, dengan sangkut beberapa soalan tak dapat jawab lol. takpe, sesungguhnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga. muhasabahnya di sini, untuk iv, the key is CONFIDENCE. Para penemuduga cuma nak tengok tahap keyakinan kita je, so be confident and chill~. Diorang ramah-tamah je sebenarnya, tak perlu nervous pun.
Menjadi Hamba
My everyday journal dan coretan hati.
Monday, 2 March 2020
Thursday, 5 September 2019
Hitam Putih Kehidupan
Hidup tidak akan selalunya berjalan seperti yang kita inginkan.
Semakin dewasa semakinku belajar untuk menghayati indahnya bintang2 pada malam hari walaupun hati ketakutan dalam kegelapan malam.
Aku juga belajar untuk menghayati indahnya langit biru di sebalik teriknya mentari siang.
Kerana manusia itu sentiasa berkeluh kesah, sentiasa risau akan apa yang masih belum di dalam genggaman. Kadang dalam melayari hidup seharian, kerana terlalu memikirkan kerisauan2 semalam dan hari esok, kita lupa untuk memaknai setiap saat dalam kehidupan. Kita terlalu fokus memikirkan bagaimana untuk mendaki ke langit sehingga lupa untuk menghayati indahnya bumi yang kita pijak selama ini.
Baik atau buruk hari yang dilalui, semuanya akan berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan. Pastikan kenangan itu kenangan yang mahu kita ingati.
Belajarlah untuk tersenyum dalam peritnya hidup, meskipun pahit.
Kerana manusia selalu lupa, tiadalah bersinarnya bintang di malam hari, tanpa kegelepan.
Tiadalah terlihat birunya langit di siang hari tanpa mentari yang menyinari.
Tidak akan nampak sesuatu tulisan di atas kertas putih, jika dakwatnya berwarna putih juga. Itulah sunnah kehidupan, tidak boleh sentiasa lurus, tidak boleh semuanya cerah, tidak boleh semuanya suci, begitulah bermaknanya sebuah kehidupan. Hidup ini sangat memerlukan kesinambungan yang berlawanan untuk ia terus bergerak seperti sunnahnya alam.
Hidup ini perlulah ada hitam dan putihnya, jika tidak, tiadalah makna hidup ini.
Begitulah juga Tuhan menjadikan hati kita, tidak dibiarkan sentiasa tenang, namun tidak juga dibiarkan sentiasa gundah. Agar tidak terlalu tinggi jika ketika terbang dan tidak terlalu menunduk ketika berjalan.
Bajet Pulau Perhentian 3hari2malam
Setelah berhempas pulas mengumpul duit memerah keringat bekerja, Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya bercuti dengan rakan2. Kali ini tak sembang, haha. Kalau bercuti memang saya prefer untuk pergi ke tempat2 yang ada scenery yang cantik. Saya memang suka pulau dan laut walaupun tak pandai berenang 🙊
Pulau Perhentian terletak di Terengganu, dan kalau nak ke sana perlu mengambil bot dari Jeti Besut. Besut ni dalam jajahan ganu, tapi rakyat dia cakap Kelantan haha. Saya selaku orang Selatan tak layaklah nak mengulas dengan lebih lanjut kenapa. Kalau anda naik flight macam saya dari Selatan, adalah lebih baik untuk ambil flight ke Kota Bharu instead of Kuala Terengganu sebab KB-Besut lebih dekat berbanding KT-Besut. KB-Besut cuma mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan menaiki kereta. Tak silap saya KT-Besut mengambil masa hampir dua jam perjalanan.
So bajet saya adalah seperti berikut
Flight klia2-kb(return) : RM 162~
Airport coach Muar-klia2 : RM 80 (pergi balik)
Penginapan 3h2m siap breakfast : RM 180 (better aambil penginapn yang siap breakfast sebab kat pulau nanti semua mahal hoho)
Bot Jeti Besut-P.Perhentian : RM 70 (pergi balik)
Pakej snorkelling + Pulau Rawa + Turtle Point (ada lebih 4-5 stop point) : RM 70
So totalnya tak termasuk makan dan shopping : RM 562 (hmm tak murah sangat dan tak mahal sangat huhu)
hmm awal2 macam nak buat travelog tapi lepas tu dah malas pula nak buat travelog, kita buat bajet sajalah. Kbye

Tuesday, 2 July 2019
Refleksi Kehidupan Seorang Hamba
Lately ni saya banyak kali hampir kemalangan sewaktu memandu. Hampir nak terlanggar anjinglah, tiba-tiba ada kereta nak beloklah. Dalam hidup ini kadang-kadang kita rasa kita dah cukup berhati-hati dah, dah well prepared dan rasa macam dah buat yang terbaik dah. Tapi end up, benda berlaku tak seperti yang dirancang.
Macam itu lah kehidupan, kita dah berusaha sehabis baik tapi bila Tuhan kata tidak, maka tidaklah jawapannya. Dalam situasi ini, saya selalu bersangka baik mungkin Tuhan nak kita ni sebagai manusia sentiasa sedar yang dalam dunia ini, dalam kehidupan kita seharian, ada benda yang berlaku beyond our control as a human. Tuhan mahu ingatkan kita akan hakikat bahawa kita hanya hamba, punyai kekurangan dan tidak mampu melawan takdir Tuhan. Semoga Tuhan lapangkan hati ini untuk sentiasa redha dengan apa yang telah tertulis.

Gambar google
Sunday, 30 June 2019
Every Next Level of Your Life Will Demand a Different You
Every next level of your life will demand a different you.
Anak buahku, rasa nak picit2 pipi dia
Teringat ketika berbual2 dengan kakak saya tidak lama dulu ,
"Takdenye tidur tak interrupted"
"Dah lama tak dapat good sleep"
Benarlah, apabila kita sudah berkeluarga, mempunyai anak, maka masa kita harus terbahagi2 untuk keluarga. Maka medan amal kita pun berubah dan bertambah2.
Maka sebelum berkeluarga dan mempunyai anak2, beramallah sepuasnya dan sebanyak yang boleh, kerana inilah medan kita sekarang. Inilah masanya untuk kita mencari khusyuk, mencari cinta Tuhan, menghayati nikmatnya beribadah, membaca buku sambil goyang2 kaki ewah, Ya, inilah masanya.
Kerana nanti, kau akan ada keluarga yang perlu diuruskan, kau akan ada kepentingan lain yang harus ditunaikan berbanding solat sunat. Tak mengapalah, kerana waktu itu, medan amal kau pun berubah. Walaupun berkurang pahala daripada solat sunat, tetapi kau akan memperoleh pahala daripada amalan2 lain dalam menguruskan anak2 dan keluarga. Yang penting, ikhlaskan hati.
Hargailah jasa ibu ❤️
Perkahwinan haruslah dibina dengan persediaan yang benar2 cukup.
Saturday, 29 June 2019
Sederhana
Ambillah dunia itu sekadarnya sahaja
Sepertimana kau meneguk dan mengambil sedikit air sungai untuk menghilangkan dahaga dan sebagai bekalan tenaga untuk meneruskan perjalanan di hutan. Jika kau mengambilnya secara berlebihan, ia akan memberatkanmu untuk berjalan, ia akan melengahkan perjalananmu.
Walau sesedap mana pun air sungai yang diteguk, kau tidak akan mampu meminumnya semua, kau tidak akan mampu mengambilnya semua. Begitulah diibaratkan dengan nikmat dunia, walau sehebat mana pun nikmat dunia itu, kau tidak akan mampu milikinya semua, kerana ia akan memberatkanmu lalu melengahkan perjalananmu.
Kerana hidup adalah sebuah perjalanan. Ambillah dunia itu hanya sekadar bekal. Sesederhana itu kau meneruskan perjalanmu.
Sunday, 10 September 2017
Kerdilnya hamba
Rasa kerdilnya diri di hadapan Tuhan pasti akan membuahkan rasa sedikit lega, kerana selemah2nya kita masih ada keyakinan bahawa tidak akan Tuhan biarkan kita terkapai sendirian. Selagi hati berpaut pada Tuhan, maka masih ada tali keselamatan untuk bergantung harap. Walau hampir lemas dilambung ombak, masih ada tali untuk bergantung, walau kadang hanya tersangkut di hujung jari nyaris terlepas, selagi hati ada Tuhan, tidak dibiarkan kita kelemasan.
Aku umat akhir zaman, yang dikatakan imannya senipis kulit bawang. Andai dimisalkan keadaannya diriku samalah seperti orang yang hampir lemas terkapai2 di tengah lautan, kadang terapung, kadang tenggelam dilambung ombak. Namun masih ada secebis pengharapan yang melegakan hati, masih ada tali untuk aku berpaut, walau kadangnya lemah, kadangnya kugenggam erat. Tidak akanku lepaskan tali itu, kalau boleh biarlah tali itu ku gantung saja dileherku, biar perginya aku bukanlah sebab tenggelam dilambung ombak, tetapi kerana teguh tidak mahu melepaskan tali pengharapanku.
Insan lemah . 10.9.2017 ahad

Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN INTERVIEW UITM (PENSYARAH PELATIH)
Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...
-
Rasa kerdilnya diri di hadapan Tuhan pasti akan membuahkan rasa sedikit lega, kerana selemah2nya kita masih ada keyakinan bahawa tidak akan ...
-
Lately ni saya banyak kali hampir kemalangan sewaktu memandu. Hampir nak terlanggar anjinglah, tiba-tiba ada kereta nak beloklah. Dalam hid...
-
Assalammualaikum, *tiup habuk* fuhhhhh lama dah tak update, sis busy mengejar dunia haha Since saya merupakan Pegawai Pergigian Kontrak,...